PRU-15

Bendahari BN Tegas Tiada Kerjasama BN dengan PH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 November 2022 – Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertegas untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk Kerajaan.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya berkata, keadaan Parlimen yang masih tergantung menyebabkan parti itu bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan, namun yang dimaksudkan itu bukanlah PH.

“Jelas, tiada satu parti pun berupaya membentuk kerajaan. Parlimen kini tergantung. Yang paling penting, negara dan rakyat memerlukan Kerajaan yang stabil dalam melangkah ke hadapan.”

“Ini sebabnya kita mesti bekerjasama dengan pihak yang berkongsi nilai dan matlamat yang sehaluan. Namun, saya konsisten sejak sebelum ini lagi, dan saya tetap teguh pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum kK-15 (PRU-15) baru-baru ini, beliau menang di kerusi Parlimen Sembrong dengan majoriti 10,880.

Walau bagaimanapun, BN termasuk UMNO yang bertanding di 178 kerusi Parlimen pada PRU-15 mengalami kekalahan terburuknya sejak menyertai PRU, selepas gagal mempertahan banyak kerusi yang dimenangi mereka pada PRU-14 lalu.

UMNO dijangka mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan kedudukan parti itu, selepas tiada satu parti memperoleh majoriti cukup untuk membentuk Kerajaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: