Antarabangsa

Rusia Bakal Serang Ukraine; Seluruh Dunia Cabut Lari Kecuali Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KIEV, 15 Februari 2022 – Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine untuk segera menghubungi Kedutaan Malaysia untuk segera membuat pendaftaran bagi memudahkan pemantauan perkembangan keselamatan mereka.

Baca: Di Ambang Perang, Presiden AS Gesa Rakyat ‘Lari’ Dari Ukraine

Baca: Di Ambang Perang Bosnia Kedua?

Baca: Nasionalis Serbia Ikras Bunuh Semua Muslim Bosnia 2022

“Wisma Putra menggesa semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan belum berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kyiv @MYEmbKyiv untuk menghubungi dan berdaftar dengan kedutaan dengan segera.

“Semua rakyat Malaysia di Ukraine dinasihatkan supaya memberi perhatian sepenuhnya terhadap keselamatan mereka dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.”

Ini berikutan ancaman serangan lebih daripada seratus ribu tentera Rusia ke atas Ukraine pada hari esok, Rabu 16 Februari 2022 menurut pengumuman Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.

Ketegasan Rusia yang menggerunkan itu membuat Amerika Syarikat terpaksa mengundurkan kesemua tentera dan aset persenjataan yang telah dihantar beberapa bulan lepas yang sepatutnya bertujuan menguatkan pertahanan Ukraine.

Amerika Syarikat juga memberi amaran kepada semua rakyatnya di Ukraine supaya melarikan diri segera sebelum terperangkap dalam peperangan yang bakal melanda kerana mereka tidak akan diselamatkan pada saat terakhir dalam serangan yang begitu dahsyat.

“Dilihat kepada bala tentera yang dikerah, susunan ketumbukan darat, artileri, peluru berpandu, pasukan tentera udara, kesemuanya dikerahkan serentak. Jika keseluruhannya diletuskan di Ukraine, ia akan jadi ketara, sangat ketara, dan akan menyebabkan jumlah kematian yang ketara,” menurut Pengerusi Ketua Gabungan Pemimpin Bala Tentera, Jeneral Mark Milley.

“Ia akan jadi sungguh dahsyat.”

Selain Amerika Syarikat, banyak negara lagi telah pun mengarahkan rakyat mereka untuk melarikan diri dari Ukraine secepat mungkin. Antara negara yang terbabit ialah Jerman, Itali, Britain, Ireland, Belgium, Luxembourg, Belanda, Kanada, Norway, Estonia, Lithuania, Bulgaria, Slovenia, Australia, Jepun, Israel, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: