Tempatan

Guru “Tampar” Anak Murid Bola Tampar: Siasatan Polis Cuma Bermula Jika Ada Laporan Aduan Pertama Dari Pihak Yang Terbabit – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

1. Sejak terdedahnya berita berkaitan seorang jurulatih dan guru bola tampar yang “tampar” anak murid/pemain bola tampar dalam satu kejohanan di Johor beberapa hari lalu, ramai yang memberi pelbagai reaksi dan komen serta pandangan masing-masing, termasuk para Menteri di dalam Kementerian yang berkaitan
{Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/menteri-bidas…/ )

2. Dari sudut perundangan, secara amnya (melainkan dalam keadaan tertentu seperti jenayah dipercayai sedang berlaku di hadapan mata pihak berkuasa), pihak berkuasa polis cuma perlu memulakan siasatan jenayah selepas pendaftaran ADUAN PERTAMA, yang lebih dikenali sebagai LAPORAN POLIS oleh pihak yang terbabit, walaupun ada tularan video atau gambar di media sosial, mahupun pendedahan berita itu oleh pihak media berkenaan.

3. Justeru, dalam kes ini, pihak polis TIDAK SALAH, apabila mengatakan mereka tidak mulakan siasatan berhubung kes ini kerana tiada ADUAN PERTAMA didaftarkan oleh mana-mana pihak berkenaan.
(Link Laporan : https://www.nst.com.my/…/police-no-report-slapping… )

4. Walhal, ianya dapat disahkan, besar kemungkinan TIDAK AKAN ADA mana-mana ADUAN PERTAMA dalam kes ini, kerana pihak keluarga pemain/anak murid telah memberikan penjelasan berkaitan ketidaksetujuan mereka untuk memperbesarkan perkara itu, di atas kepercayaan mereka insiden itu adalah cara motivasi guru/ pelatih itu untuk membantu menaikkan semangat para pemain, oleh guru yang mereka sudah lama kenali.
(Link Laporan : https://www.astroawani.com/…/tampar-pemain-cikgu-itu… )

5. Namun pada masa yang sama, Menteri Pendidikan FADHLINA SIDEK dan Menteri Belia dan Sukan HANNAH YEOH, adalah juga BETUL dan TEPAT untuk mengatakan bahawa ianya adalah juga dalam bidang kuasa pihak Kementerian berkaitan, sama ada Kementerian Pendidikan mahupun Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan apa-apa siasatan dalaman bagi tujuan tataselia urus tadbir perkara-perkara di bawah kendalian Kementerian berkenaan tanpa perlu adanya apa-apa ADUAN PERTAMA kepada pihak polis berhubung perkara ini, selagi siasatan dalaman itu berpaksikan konsep ADIL dan SAKSAMA kepada kesemua pihak yang terbabit.
(Link Laporan : https://www.nst.com.my/…/probe-volleyball-coach… )

6. Pada hari semalam, 03.01.2023, rakan pemberita telah menghubungi saya untuk pandangan perundangan berkaitan isu ini, yang telah dipetik dan dilaporkan dalam versi Bahasa Inggeris oleh NEW STRAITS TIMES 04.01.2023 bertajuk “Viral slapping incident: Can the police open a probe if no report is lodged?”, yang adalah dimuat naik di Ruang Bawah.

NEW STRAITS TIMES 04.01.2023 :

_’Viral slapping incident: Can the police open a probe if no report is lodged?’ –
Haniff Khatri:_

“Can the police launch an investigation into an incident if a report is not lodged?

This was the question posed by Malaysians on social media following revelations that the police have yet to probe an incident where two female volleyball players from Melaka were slapped by their coach.

The short answer is ‘no.’

Prominent lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla said that police cannot begin an investigation if no report is lodged from the parties involved.

“In this specific case, a police report is necessary to enable the authorities to open an investigation paper before they submit it to the Attorney-General’s Chambers for further action.

“They (police) cannot do anything even though the video had gone viral on social media,” he told the New Straits Times.

Haniff was commenting on a viral video which showed a coach slapping two of his players during the recent 2022 Malaysia Youth U-14 Volleyball Championship in Johor.”

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Pautan Asal: FB Haniff Khatri 

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: