Tempatan

Pengusaha Rayu Kecualikan Vape Dari Dasar GEG

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Ogos 2022 – Pengerusi Malaysia Organization of Vape Entity (MOVE), Samsul Kamal Arifin Mohd Basir merayu agar produk rokok elektronik dikecualikan dari undang-undang bagi dasar generasi penamat rokok (GEG).

Katanya, beliau percaya bahawa rokok elektronik itu dapat membantu perokok untuk meninggalkan tabiat merokok biarpun pada ketika ini dasar itu tidak menjejaskan jualan produk rokok elektronik.

“Vape digunakan untuk mereka yang berhenti merokok dan ini lebih selamat berdasarkan kajian sains. Selain itu, vape juga 95 peratus lebih selamat berbanding rokok,” ujarnya.

Menurutnya, pasaran rokok elektronik ini mampu bertahan untuk 70 tahun akan datang berikutan generasi yang lahir sebelum tahun 2007 tidak terikat dengan dasar tersebut.

“Ia akan dijalankan pada 2025, masa mereka sudah 18 tahun. Tapi pasaran sedia ada masih ada, siapa yang dilahirkan sebelum 2007masih boleh beli rokok dan vape,” tambahnya.

Namun begitu, beliau tidak menyokong akan pelaksanaan dasar tersebut yang dilihat seperti menjadikan pesalahnya sebagai penjenayah.

“Tapi pelaksanaannya saya tidak setuju dan juga hukumannya yang terlalu berat, ia menjadikan pengguna terlibat dengan kesalahan jenayah.”

“Kita tak nak undang-undang ini menjenayahkan pengguna. Ia juga beri terlalu banyak kuasa kepada pihak penguat kuasa,” jelasnya lagi.

Seorang peniaga, Firdaus Zulkifli turut berharap agar vape dikecualikan dari akta tersebut kerana ia telah menjadi mata pencarian rakyat tempatan dan tidak menguntungkan syarikat rokok besar, jelasnya yang mula bekerja menjual vape selepas dibuang kerja sebagai penolong jurutera berikutan pandemik COVID-19.

“Haramkan sahaja rokok untuk generasi tersebut. Rokok dibiayai syarikat-syarikat global yang besar. Mereka tidak terkesan jika rokok diharamkan.”

“Tapi janganlah mengharamkan vape. Vape merupakan mata pencarian ramai usahawan Bumiputera,” katanya.

Justeru, kata Samsul pihak berwajib haruslah lebih teliti bagi pelaksanaan dasar ini dengan mendapatkan pandangan dari pihak berkepentingan sebelum ia dilaksanakan kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan masalah baharu yang lebih besar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: