Tempatan

Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Kedudukan, Pengiktirafan Leftenan Adnan – Presiden Kelab Askar Melayu Diraja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2023 – “Saya ingin mengesyorkan yang kita ni nak ada satu jawatankuasa khas untuk mengkaji balik kedudukan dan pengiktirafan kepada Leftenan Adnan.”

Demikian kata Presiden Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KPRAMD), Brigedier Jeneral Dato’ Ahmad Zaki Mahmud (B) apabila beliau mendapati bahawa sambutan hari peringatan pejuang Leftenan Adnan di tanah air kita masih di tahap sangat rendah.

“Bila kita cakap tentang hari memperingati terkorbannya Leftenan Adnan ini, tanggal 14 Februari setiap tahun, esoklah. Jadi di peringkat nasional, di peringkat negeri, apa ada? Bahkan di peringkat daerah dia pun tiada,” ujar beliau.

“Tapi alhamdulillah hari Khamis lepas, malam Jumaat, kami daripada Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja dan ada pegawai-pegawai dan juga askar yang masih berkhidmat disuruh bersama baca yasin, buat tahlil kepada arwah dan juga rakan-rakan yang terkorban itu.”

Namun, ianya hanya setakat itu sahaja, ujar Dato’ Ahmad Zaki.

Beliau berpendapat bahawa peringatan terhadap perjuangan Leftenan Adnan ini perlu dipertingkatkan lagi dan berhak mendapat sambutan lebih meriah jika mahu dibandingkan dengan jasanya mempertahankan tanah air.

Dalam pada itu, Dato’ Ahmad Zaki juga telah berbincang dengan beberapa pihak seperti nazir Masjid Sungai Ramal dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Ramal bagi mempertingkatkan kesedaran mengenai perjuangan Leftenan Adnan.

BACA JUGA: Sentimen ‘Benci Yahudi’ Semakin Meningkat Di AS

BACA JUGA: Hentikan Perobohan Rumah & Pengusiran Rakyat Palestin – OHCHR

BACA JUGA: Tiada GST, Subsidi Golongan ‘Kayangan’ Akan Dikurangkan – PM

Katanya, “Semasa saya berbincang dengan nazir Masjid Sg Ramal, dia adalah hasrat dia, nak buat satu tempat khas untuk Leftenan Adnan ni dan dia minta bantuan kita. Saya kata insya Allah dari segi materialnya kita boleh bantu.”

“Dan saya juga ada bercakap dengan pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Sg Ramal, Dr Saiful namanya. Dia ni pun dulu lecturer dekat Universiti Pertanian Malaysia. So dia sanggup untuk buat kajian,” tambah beliau.

Mengulas lanjut, beliau juga berharap agar kajian mendalam dapat dilaksanakan supaya taraf Leftenan Adnan dinaikkan, oleh sebab pengorbanan beliau yang bukan calang-calang pengorbanan.

Tegas Dato’ Ahmad Zaki, “Ia satu pengorbanan jati murni dan bagi saya perjuangan dia adalah perjuangan untuk ugama, bangsa, ibu pertiwi dan juga kepada Raja-Raja Melayu. Itu saya tidak ragu-ragu.”

“Dan di atas matlamat perjuangan itu pula, Leftenan Adnan ini memberi suntikan semangat kepada anggota-anggotanya untuk berlawan supaya lawan dia tu akan meninggalkan satu petanda yang bangsa kita ini adalah bangsa pejuang!” tambahnya.

Brigedier Jeneral Dato’ Ahmad Zaki Mahmud (B) berkata sedemikian dalam sebuah forum Perbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0 bertajuk ‘Leftenan Adnan: Berkhidmat Untuk British Atau Raja-Raja Melayu?’, yang diadakan secara atas talian semalam bagi memperingati pengorbanan Leftenan Adnan terhadap ibu pertiwi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: