Tempatan

Nasihat PM Dan Jemaah Menteri Kepada Agong Tidak Mutlak – Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2021 – “Sering kali Perkara 40(1) dijadikan asas untuk membataskan kuasa YDP Agong seolah-olah suatu nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri adalah mutlak sehingga melampaui prinsip ketinggian Perlembagaan Persekutuan dan batasan pemisahan cabang kuasa,” kata Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (ITKAS).

“YDP Agong di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak hanya memegang kuasa eksekutif Persekutuan, bahkan Baginda juga merupakan pemegang kuasa legislatif.”

Menurut beliau, Kerajaan Malaysia dari sudut Perlembagaan Persekutuan ialah YDP Agong dan Jemaah Menteri selaras dengan Perkara-perkara 32, 39 dan 43.

Parlimen Malaysia pula pada hakikatnya ialah YDP Agong serta dua buah majlis iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat selaras dengan Perkara-perkara 32 dan 44.

Punca kuasa utama Parlimen terserlah di bawah Perkara-perkara 66, 150 dan 159.

Jelas Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi, kedudukan nasihat Jemaah Menteri atau dipopularkan sebagai nasihat eksekutif bolehlah dirujuk kepada peruntukan utamanya iaitu Perkara 39 serta Perkara 40(1) dan (1A).

“Fasal (1A) yang menghendaki YDP Agong bertindak mengikut nasihat hanya terpakai jika suatu nasihat itu tidak jatuh dalam mana-mana pengecualian yang dinyatakan dalam Perkara 40(1) dan lain-lain peruntukan Perlembagaan.”

Dalam perihal ordinan darurat, Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi menyatakan, suatu ordinan darurat menjadi sah kerana dibuat di atas nama dan perkenan YDP Agong.

“Ketika memasyhurkan ordinan darurat, YDP Agong bertindak di atas “legislative authority” kerana Baginda ialah entiti tertinggi Parlimen. Sumber kuasanya ialah Perkara 150(2B) dibaca bersama-sama dengan Perkara 44.”

“Tanpa perkenan Baginda melalui instrumen ordinan, maka kepuasan hati YDP Agong di bawah Perkara 150(2B) dan (8) menjadi cacat. Prinsip tersebut jelas termaktub di dalam Perkara 150(2B).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: