Tempatan

Serpihan Patung Kuil Jatuh, Wanita Maut Ketika Ritual

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 17 Mei 2022 – Seorang wanita maut, dan dua orang lagi cedera setelah ditimpa serpihan patung yang terjatuh daripada bahagian atas kuil sewaktu upacara ritual ibadah di Kuil Arulmigu Visalatchi Sametha Viswanathar Sivalayam Paripalana Sabah, Perak.

Mangsa yang bernama R. Manimegalai, 53, mengalami kecederaan parah di kepala sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia setelah rawatan kecemasan diberikan oleh pihak hospital,” kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Pihak polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut, dan Datuk Mior meminta kerjasama pihak yang menyaksikan kejadian untuk menghubungi pihak polis.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Hassbullah Hasan bagi membantu siasatan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: