Antarabangsa

Syarikat Senjata Terbesar Israel Ditutup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 22 Jun 2022 – Palestine Action, sebuah gerakan yang bertindak menamatkan keterlibatan British dalam aparteid Israel telah berjaya menutup Elbit System, syarikat senjata terbesar Israel di London baru-baru ini.

Menurut kenyataan media gerakan tersebut bertarikh 20 Jun 2022, firma itu meninggalkan ibu pejabatnya di 77 Kingsway menyebabkan ianya ditutup secara kekal.

Sejak tahun 2020, para aktivis telah memulakan kempen penutupan Elbit System malah mengakibatkan 60 tangkapan di mana mereka terus dihadapkan ke perbicaraan di mahkamah.

Walaupun sedemikian, setelah kempen berterusan selama kurang dua tahun, ibu pejabat Elbit di London ini berjaya ditutup selepas hanya lima bulan firma itu terpaksa menghentikan operasi di Oldham, England.

Jurucakap Palestine Action turut mengatakan, “Ibu pejabat Elbit di London pernah memainkan peranan penting dalam menyelaraskan rangkaian operasi mereka yang berlumuran darah namun tidak lagi.”

Tambahnya, mereka berjaya menutup secara kekal dua tapak milik syarikat senjata terbesar Israel serta tidak akan berhenti sehingga kesemua lapan tapak dihentikan operasi sepenuhnya.

“Ini adalah kemenangan untuk semua yang mengorbankan kebebasan mereka dan kepada semua yang menyokong gerakan ini, tetapi paling penting, rakyat Palestin. Ia membawa kita selangkah lebih dekat kepada hari di mana perdagangan senjata Israel keluar dari Britain sepenuhnya,” tegas jurucakap Palestine Action.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: