Tempatan

Cuti Sekolah Bermula, Pengunjung Pantai P.Pinang Digesa Waspada Serangan Obor-Obor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 19 Februari 2023 – Ekoran musim cuti sekolah yang sudah bermula, pengunjung pantai sekitar Pulau Pinang diingatkan supaya berwaspada terhadap serangan obor-obor.

Operator sukan air, Anuar Abdul Aziz, berkata serangan obor-obor memang biasa berlaku di sekitar kawasan pantai termasuk di Batu Feringghi, tetapi ia bukanlah serangan yang boleh membawa maut.

Katanya, “Memang ada kejadian pengunjung terkena sengatan obor-obor sebelum ini namun ia hanya menyebabkan kegatalan pada kulit mangsa.”

Jelas Anuar, obor-obor tersebut biasanya merapat ke pesisir pantai selepas cuaca hujan atau apabila air dicemari sisa buangan yang menjadi makanannya.

BACA JUGA: Penswastaan Petronas Undang Pengambilalihan Syarikat

BACA JUGA: Polis Damansara Difitnah, Polis Akan Buat Laporan

BACA JUGA: Israk & Mikraj: Asas Manifestasi Cinta Melebihi Akal Tanpa Perlu Kepada Dalil – Syeikh Abdul Kareem Khadaied

Sehubungan itu, pihaknya menyediakan cuka sebagai kaedah rawatan jika pengunjung terkena sengatan, dan kegatalan akan hilang antara tempoh 15 hingga 30 minit kemudian.

Anuar juga berkata, orang ramai tidak perlu bimbang untuk membuat aktiviti air seperti mandi manda namun perlu menjaga keselamatan diri ketika berada di kawasan pantai, terutamanya kanak-kanak.

Tinjauan akhbar tempatan mendapati, aktiviti air di sekitar pantai Batu Feringghi berjalan seperti biasa dan terdapat papan tanda amaran mengenai serangan obor-obor di laluan masuk pantai.

Sementara di Pantai Miami pula, kebanyakan pengunjung tidak menyedari amaran berkenaan dan tiada papan larangan diletakkan di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS) Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr Aileen Tan menerangkan bahawa obor-obor boleh menyebabkan kegatalan dan kulit rasa seperti terbakar. Ia juga perlu dirawat segera terutamanya bagi mereka yang mengalami komorbiditi seperti diabetes atau hipertensi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: