Tempatan

Kerajaan Janji Bertindak Segera Kekang Isu Kekurangan Bekalan Raya Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 April 2023 – Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan, jika perkara itu berlaku.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menjalankan pemantauan dan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat laporan kekurangan bekalan berlaku di mana-mana lokasi.

BACA JUGA: Masjid Jemput Bukan Islam Bagi ‘Ceramah’

BACA JUGA: Anggota Tentera Hilang Di Hutan Simpan Belum, Ditemui Maut

BACA JUGA: Keluarga Boleh Lawat Penghuni Penjara Raya Ketiga & Keempat – Jabatan Penjara

Walau bagaimanapun, pihaknya jamin bekalan makanan adalah mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri minggu hadapan, terutamanya melibatkan 30 jenis barangan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023.

“Insya-Allah bekalan cukup pada (Aidilfitri) tahun ini dan laporan bahagian dasar (KPKM) tentang telur, ayam dan ikan semuanya mencukupi.”

“Kalau tidak cukup di sesuatu tempat itu, ia bukanlah menyeluruh di seluruh negara, pihak FAMA akan memerhati dan bertindak segera, kalau berlaku kekurangan di mana-mana tempat,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Menteri bersama warga KPKM sempena Ramadan Tahun 2023, pada Rabu.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Aidilfitri 2023 (SHMMP) bermula Sabtu ini sehingga 30 April depan.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebanyak 30 jenis barangan dikawal di bawah skim berkenaan termasuk enam jenis barangan daripada jenis ayam dan telur di bawah penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang sedang berkuat kuasa sejak 5 Februari lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: