Antarabangsa

Sokong Palestin Bukti Penolakan Total Rejim Haram Aparteid Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 29 November 2022 – Keengganan peminat-peminat bola sepak dari kalangan bangsa Arab untuk ditemuramah oleh para wartawan media Israel pada kejohanan Piala Dunia Qatar 2022 adalah merupakan petunjuk bagi penolakan secara mutlak terhadap rejim Israel.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Sheikh Naim Qassem seorang pegawai tinggi bagi sebuah pergerakan pemberontakan Lubnan, Hizbullah. Beliau juga menyatakan bahawa bentuk penolakan tersebut akan membawa kepada kemenangan Palestin.

Sheikh Naim Qassem, Timbalan Setiausaha bagi Hizbullah itu telah megeluarkan kenyataan sedemikian dalam satu siri ciapan di Twitter pada Isnin lalu, ketika mana sentimen anti-Israel sedang membara di kejohanan antarabangsa Qatar itu.

Qassem turut menyatakan bahawa penolakan orang muda terhadap normalisasi Israel adalah sebuah bentuk penzahiran bahawa mereka menolak secara terus akan kewujudan Israel sebagai sebuah entiti di rantau tersebut. Menurutnya lagi,

“Usaha yang tertumpu bagi ketenteraan, kebudayaan, media serta penolakan orang muda akan mencapai kemenangan serta kebebasan bagi Palestin yang tercinta”.

Para wartawan warga Israel yang berada di Qatar mendakwa bahawa persekitaran yang diisi dengan “kebencian dan permusuhan” telah membuat para peminat bola sepak mengibarkan bendera-bendera Palestin di stadium-stadium di Qatar dan mereka turut menolak untuk bercakap dengan media Israel.

Selain daripada tindakan memboikot media Israel, terdapat juga beberapa kain bentang pro-Palestin yang dipamerkan oleh para peminat bola sepak di hampir keseluruhan stadium di Qatar. Pemain serta peminat warga Qatar turut dilihat memakai ikat lengan bendera Palestin bagi menzahirkan penolakan terhadap normalisasi dalam berurusan dengan rejim haram itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: