Tempatan

Tidak Boleh Gunakan Satira Terhadap Institusi Beraja – Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 06 Jun 2021 – Satira ini tidak bagus untuk digunakan kepada institusi beraja. Tidak mengapa jika digunakan untuk politik, tetapi bukan kepada institusi beraja. Ini kerana institusi beraja adalah di atas politik, tegas Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz.

“Macam mak dan ayah kita, tak sama dengan kita dengan adik-beradik. Kita adik-beradik boleh bergurau kau aku. Tetapi kalau dengan ibu bapa itu, kita tidak bolehlah menggunakan perkataan-perkataan kasar. Begitulah adab sopan kita.”

Menurut Penyandang Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM ini, tidak mengapa untuk mengkritik institusi beraja. Tetapi ia mestilah berlandaskan fakta dan menggunakan bahasa yang baik.

“Tidak salah untuk menegur dan menyatakan fakta asalkan menggunakan bahasa yang baik. Kritikan yang bagus adalah kritikan yang tidak menggunakan bahasa yang kesat, kasar, menunjukkan celaan dan cacian.”

Tegas beliau, mengkritik itu bukan satu penghinaan.

Contempt. Apa itu contempt? Contempt itu dia mungkin mempersenda-sendakan, ia mungkin perkatan menghinalah. Tetapi kalau kita kata: “Institusi beraja ataupun keluarga diraja telah didapati melanggar SOP.” Pada saya, itu bukan menghina.”

“Tidak mengapa sekiranya kritikan itu berlandaskan fakta. Yang tak pasti, jangan kongsi. Yang tak tahu, jangan beritahu,” tambah beliau.

Kenyataan ini dikongsikan oleh Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab. Aziz dalam Siri #10 Bual Bicara Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu anjuran Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (KIRRM) UiTM bertajuk ‘Hina Institusi Beraja: Salah Siapa’, semalam, bersama Saudara Muhammad Irsyad Syahmi Bin Abdul Jamal, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang 20/21 sebagai moderator.

Siri #10 Bual Bicara Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu ditayangkan menerusi Facebook Live Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: