Tempatan

Sindiket Pemerdagangan Tenaga Kerja Malaysia -Musa Hassan Guna Kepakaran Bantu PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan akan menggunakan kepakarannya membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket pemerdagangan tenaga kerja dari Malaysia ini.

“Saya akan mengumpul apa-apa maklumat yang saya terima dan saya akan serahkannya pada pihak polis supaya tindakan yang tegas boleh diambil terhadap sindiket-sindiket tersebut.”

Tambah Tan Sri Musa Hassan, beliau telah menghubungi pihak polis supaya memanfaatkan Asean Desk di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dalam menangani kes sindiket pemerdagangan manusia ini.

“Saya juga telah menghubungi pihak polis bahawa kita ada Asean Desk di Bukit Aman, yang mana dahulu saya telah meletakkan setiap wakil polis Asean ada di Bukit Aman.”

Seterusnya, beliau memaklumkan akan mendapatkan maklumat-maklumat daripada wakil polis Asean tersebut untuk mengetahui siapakah dalang kepada sindiket yang ada di negara ini, yang mengaturkan sindiket ini supaya dapat dibanteras dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan mengenai sindiket penipuan tawaran pekerjaan luar negara yang dipercayai memaksa rakyat Malaysia menjadi pelacur selain mengugut untuk diambil organ mereka untuk dijual di pasaran gelap.

“Kita juga mendapat maklumat ada rakyat kita yang dikenakan renjatan elektrik setelah gagal mencapai sasaran pelanggan yang ditipu secara dalam talian dan terdapat keluarga mangsa menunjukkan gambar dikatakan rakyat Malaysia yang ditembak mati oleh sindiket di Myanmar tetapi dakwaan itu kita belum dapat sahkan,” ujar Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: