Antarabangsa

Menang Pilihan Raya, Erdogan Ikrar, LGBT Akan Dihalang Menyelusup Masuk Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 29 Mei 2023 – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang mendakwa pihak pembangkang sebagai pro-LGBT menegaskan bahawa LGBT serta ideologi Barat tidak akan menyusup masuk dalam kepimpinan Turkiye sewaktu ucapan kemenangannya, semalam.

Majlis Pilihan Raya Tertinggi Turkiye semalam mengesahkan kemenangan Presiden Recep Tayyip Erdogan ke atas Kemal Kilicdaroglu.

BACA JUGA: 50% Ladang Ayam Diancam Muflis

BACA JUGA: Individu Perolokkan Allah, Pendakwah Gesa PDRM Ambil Tindakan

BACA JUGA: Sabah Diiktiraf Sebagai Tapak UNESCO Triple Crown, Ketiga Di Dunia

Kata Erdogan sewaktu ucapannya itu, pakatan pemerintah dan sekutunya akan sentiasa mempertahankan nilai tradisional Turkiye dengan mengatakan,

“Setiap pilihan raya adalah kelahiran semula untuk kami. Keluarga adalah suci bagi kita. Tiada siapa boleh bersuara menentang keluarga. Keganasan terhadap wanita juga haram,” katanya.

Menurut sebuah laporan, Kilicdaroglu bukanlah penyokong lantang untuk hak gay, tetapi beliau telah berjanji akan mengembalikan Konvensyen Istanbul jika terpilih.

Konvensyen tersebut ditandatangani oleh 45 negara serta Kesatuan Eropah pada 2011 yang bertujuan untuk mengukuhkan hukuman undang-undang bagi keganasan terhadap wanita.

Bagaimanapun, Turkiye menarik diri dari konvensyen tersebut pada 2021 dengan menyatakan bahawa ia telah ‘dirampas oleh sekumpulan orang yang cuba menormalisasikan homoseksualiti’.

Ia berkemungkinan merujuk kepada penyenaraian wanita transgender yang secara biologinya lelaki, sebagai wanita, menurut laporan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: