Tempatan

KKM Perkenal Garis Panduan T&CM, Angkat Kaedah Perubatan Tradisional

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 16 April 2023 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memperkenalkan Garis Panduan Mengenai Kajian Perubatan Tradisional (T&CM) bagi mengangkat kaedah perubatan tersebut.

“Perubatan dan ubat tradisional adalah perubatan yang diamalkan di negara ini sekian lama. Jadi kementerian melihat perlunya pengenalan garis panduan tersebut supaya industri perubatan tradisional ini dapat lebih berkembang di dalam negara,” kata Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

BACA JUGA: Gempa Bumi Tidak Boleh Diramal

BACA JUGA: Limbungan Kapal Bernilai Lebih RM2 Bilion Bakal Dibina Di Melaka

BACA JUGA: MUDA Wilayah Persekutuan Tuntut Datuk Bandar Dipilih, Bukan Dilantik

Beliau yang berkata sewaktu majlis pelancaran Garis Panduan T&CM di Institut Kesihatan Negara (NIH) kelmarin turut menambah bahawa pelbagai aspek yang akan dimasukkan dalam garis panduan tersebut termasuklah penyediaan data tentang jenis bahan yang digunakan, kaedah perubatan dijalankan, kajian saintifik penyembuhan sesebuah penyakit serta amalannya setiap hari.

Jelas beliau, kajian secara saintifik akan memberi keyakinan kepada orang ramai bagi menggunakan kaedah tersebut sebagai sumber rawatan alternatif jika tiada kaedah moden yang dapat menyembuhkan penyakit dialami mereka.

“Apapun, keberkesanannya itu perlu dibuktikan secara saintifik supaya boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.”

“Justeru itu, KKM akan bekerjasama dengan pakar perubatan itu supaya mereka boleh mengikut Garis Panduan T&CM bagi mengembangkan industri berkenaan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: