Antarabangsa

Lebih 600 Spesis Haiwan Eksotik Malaysia Dirampas Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 13 Oktober 2022 – Pihak berkuasa India telah berjaya merampas haiwan-haiwan eksotik hidup yang diseludup dari Malaysia, yang mana haiwan-haiwan tersebut telah diseludup dengan cara diisytiharkan sebagai akuarium ikan.

Menurut laporan yang disediakan oleh media antarabangsa, pihak Direktorat Perisikan Hasil India (DRI) telah diberi maklumat berkenaan dengan penghantaran yang mengandungi haiwan eksotik hidup yang akan sampai di Sahar pada 5 Oktober lalu.

Ketika mana DRI sampai di tempat kejadian, pihak mereka mendapati bahawa penghantaran tersebut yang bernilai RM1.67 juta telah diluluskan oleh pihak kastam India.

Pihak DRI kemudiannya mengambil nombor pendaftaran kenderaan untuk menjejaki bungkusan penghantaran tersebut dan seterusnya berjaya menahan kenderaan berkenaan di sebuah jejambat.

Penahanan tersebut telah membawa kepada penemuan 30 pakej bungkusan yang mana terdapat 16 kotak daripadanya telah diisytiharkan sebagai barangan ikan perhiasan. Manakala 13 lagi kotak mengandungi reptilia yang tidak diisytiharkan seperti kura-kura, penyu, ular sawa, cicak serta iguana.

Pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa 548 daripada haiwan tersebut masih hidup manakala 117 ekor lagi telah mati sewaktu embargo.

Siasatan mendapati bahawa seorang warga tempatan telah berhubung dengan seorang pembekal antarabangsa yang bernama David Liu yang dikatakan mengurus keseluruhan operasi tersebut.

Semua haiwan yang diseludup itu adalah tersenarai dalam senarai Persidangan Mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesis Flora dan Fauna Liar (CITES) yang telah ditandatangani oleh 175 negara, termasuk Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: