Tempatan

Polis Buru Individu Terlibat ‘Rusuhan Ipoh’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 08 Februari 2023 – Polis Daerah Ipoh sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam kekecohan yang berlaku di Ipoh seperti dalam satu video tular baru-baru ini.

“Pada 7 Februari 2023, PDRM Daerah Ipoh telah terkesan satu video berdurasi 23 saat yang ditular melalui aplikasi Whatsapp memaparkan satu kejadian kekecohan melibatkan sekumpulan individu yang dikatakan berlaku di Ipoh, Perak, yang mana telah menarik perhatian masyarakat umum,” kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya bin Hassan dalam satu kenyataan.

Ujarnya, semakan mendapati bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku pada malam 5 Februari 2023 di luar Bangunan Seri Kinta, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

BACA JUGA: MAIPs Dibenar Mencelah Dalam Kes Pertahankan Akidah Anak Muslim

BACA JUGA: Untuk Maju Ke Depan Kita Harus Memandang Ke Belakang

BACA JUGA: Kementerian Pendidikan Salur RM100,000, Kepada Kedua-Dua Sekolah Vernakular Sabah

Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh).

Kata beliau lagi, pihak polis kini sedang mengesan individu-individu yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk membantu siasatan lanjut.

Oleh itu, “pihak polis ingin meminta kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan pihak polis.”

Selain itu, ACP Yahaya juga menasihatkan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut kerana ia boleh menjejaskan siasatan polis mahupun mendatangkan kegusaran di kalangan ahli masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: