Tempatan

“Sampai Lupa Nak Jaga Agama Sendiri” – Ustaz Masridzi Bin Sat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – “Kita ingat perkara ini sudah berhenti, habis di sini sahaja. Mereka sambung lagi bila melihat pemimpin itu lemah. Pemimpin yang ada dasar-dasar pemikiran yang liberal, maka mereka merasa senang untuk menjalankan agenda yang berikutnya. Bila ada unsur pemimpin yang seperti itu, demi nak menjaga maslahah kuasa politik, demi nak menjaga hati masyarakat lain, sampai mereka lupa untuk menjaga agama sendiri,” kata Presiden PERKID, Ustaz Masridzi Bin Sat, dalam isu tindakan Kerajaan yang menarik balik rayuan kes kalimah Allah di Mahkamah.

Ujarnya, kes ini bukan soal kebebasan, tetapi soal penyebaran.

BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim

BACA JUGA: Enggan Pakai Nombor ‘Pelangi’, 5 Pemain Bola Muslim Dikecualikan Dalam Perlawanan

BACA JUGA: Kes Kalimah Allah, Kerajaan Tidak Sepatutnya Tarik Balik Rayuan – Muhyiddin

“15 tahun lalu, kes ini bermula di mana Jill Ireland lwn KDN ini bermula pada 11 Mei 2008. Lapan CD telah dirampas oleh KDN iaitu, antaranya berjudul ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’.”

“Kalau orang bukan Islam tengok ‘Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah’, nanti mereka akan merasakan konsep ‘Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah’ dan ‘Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah’. Kalau CD ini dapat dekat mereka yang tak faham tentang Islam, atau mereka yang baru dengan Islam, atau fikir cara barat, mereka yang cetek berkaitan dengan akidah Islam, apa yang mereka akan nampak? Mereka akan nampak bahawa Allah itu sama sahaja; baik yang Kristian bawa, baik yang Islam bawa. Allah dalam konsep trinity sama dengan Allah dalam konteks akidah orang Islam.”

“Ini bahaya sebab ini adalah mesej penyebaran. Sebab itulah CD-CD ini dirampas oleh KDN. Kalau untuk kegunaan sendiri, untuk pendidikan sendiri, tak timbul masalah. Tetapi persoalannya, CD ini kalau tak disekat, mungkin akan tersebar. Berapa ramai yang akan murtad?”

Dengan penuh kekesalan, Ustaz Masridzi Bin Sat berkata, para pemimpin lupa bahawa mereka telah bersumpah untuk menjaga kesucian agama Allah ketika menjawat jawatan.

“Mereka lupa mereka bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bersumpah dengan nama Allah untuk menjaga kesucian agama Allah, tetapi ketika agama Allah disamaratakan, mereka boleh tarik balik rayuan. Di mana kuasa eksekutif pihak berkuasa agama?” ujarnya dalam sidang media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama lebih 70 NGO bertajuk ‘NGO Islam Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah’.

Sidang media ini diadakan pada hari Selasa, 16 Mei 2023 bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur dengan kehadiran NGO-NGO Islam dan wakil media seperti TVPertiwi, Berita Harian, Agenda Daily dan The Malaysian Insight.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: