Tempatan

Jangan Hanya Tangkap ‘Bilis’, Rasuah Golongan Atasan Lebih Memudaratkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 21 April 2023 – Kerajaan perlu pergiatkan usaha memerangi rasuah terutamanya dalam golongan ‘jerung’, kerana kumpulan itu memberi impak lebih besar berbanding kategori ‘bilis’ yang terlibat dalam gejala rasuah.

Naib Presiden 1 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi, Mohamad Rais Abu Noh berkata, kegiatan mereka terlalu memudaratkan, melibatkan jumlah wang yang lebih besar.

BACA JUGA: Mantan Menteri Kesihatan Cadang Malaysia Eksport Ketum

BACA JUGA: Kemarau Sukarkan Pembekalan Air Bersih Di Kelantan Menjelang Raya

BACA JUGA: 3 Juta Kenderaan Dijangka Banjiri Pulau Pinang Raya Ini

“Yang utama sekali kita kena tangkap adalah orang-orang yang berada di (kepimpinan) atas, jerung-jerung yang besar itu sebab kesan (kegiatan rasuah yang dilakukan) mereka itu terlalu memudaratkan.”

“Jadi, yang mendapat kekayaan ini adalah orang yang ada di atas, berbilion-bilion ringgit.”

Namun, beliau memuji pihak berkuasa yang kini berusaha membanteras gejala rasuah termasuklah kes ‘pandora papers’.

‘Pandora papers’ ialah dokumen yang mendedahkan kekayaan disembunyikan di luar negeri, sindiket pengecualian cukai dan aktiviti mencuci duit dalam kalangan orang kaya serta berpengaruh di dunia.

Katanya, penyiasatan pandora papers sekurang-kurangnya boleh mengesahkan dakwaan itu benar atau tidak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: