Tempatan

Lombong Pasir Haram, Syarikat Hantar ‘Gangster’ Serang Aktivis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 04 Februari 2023 – Tular sebuah rakaman aktivis dan penduduk kampung bergelut dengan pihak syarikat pelombong pasir haram di Pantai Pasir Panjang, Segari dekat Manjung, Perak.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam media sosialnya berkata, pihaknya dan penduduk kampung telah diserang oleh sekumpulan gangster upahan syarikat yang menjalankan aktiviti pengorekan pasir haram di situ.

Menurutnya, mereka yang mengadakan sidang media berkenaan dakwaan kegiatan melombong pasir secara haram dilarang meninggalkan tempat itu, seterusnya mencetuskan pergelutan.

Baca juga: WASPADA! Sindiket Penyamaran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Baca juga: Setelah Nurul Izzah, Kali Ini Tuduhan Babitkan Speaker Dewan Rakyat

Baca juga: Esok, Forum Peradaban Alam Melayu Anjuran PEMBELA & DBP

“Walaupun kami telah membuat laporan polis & bawa anggota polis, ADUN & wartawan bersama, samseng upahan ini masih berani menyekat kami pulang.”

Menurut laporan media, Maegma Minerals Sdn Bhd, yang merupakan pemilik tanah, menghalang sekumpulan 20 orang daripada meninggalkan kawasan tempat penyu mendarat di muara Sungai Puyu.

Antara yang dihalang adalah ADUN Pantai Remis, Wong May Ing dan aktivis dari Persatuan Aktivis Sahabat Alam dan Persatuan Penggiat Alam Segari.

Meor Razak Meor Abdul Rahman, pegawai kajian lapangan Sahabat Alam Malaysia berkata, wakil Maegma Minerals mendakwa peserta sidang media sebagai menceroboh kawasan itu.

“Sebahagian daripada kami, termasuk Wong, pergi ke lokasi menerusi laut, sementara penduduk kampung yang lain melalui jalan darat.”

“Kami buat sidang media untuk menggesa pihak berkuasa menghentikan kegiatan melombong pasir haram kerana ia memusnahkan tapak pendaratan penyu.”

“Walaupun polis dan pegawai cawangan khas ada, mereka (kumpulan wakil Maegma Minerals) tetap menghalang peserta dari beredar dengan menutup jalan dengan jentolak,” jelasnya.

Tambahnya, Pejabat Tanah dan Galian Perak telah mengesahkan yang Maegma Minerals tidak diberi kelulusan untuk melombong pasir di pantai itu.

Berdasarkan Rancangan Fizikal Negara, katanya, tapak pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, yang sebelumnya di bawah kategori ESA Rank 1 (Environmentally Sensitive Areas), kini di bawah kategori ESA Rank 2 tetapi ia tetap tidak sesuai untuk sebarang kegiatan industri atau perlombongan pasir.

“Mustahil mereka nak bina kilang di situ kerana tanah di bawah kategori Rank 1 dan Rank 2 tidak sesuai untuk tujuan itu.”

“Apa yang saya lihat, mereka hanya nak lombong pasir. Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak (Mohamad Fariz Mohamad Hanip) berulang kali memberitahu kami yang mereka tidak diberi kelulusan untuk melombong pasir.”

“Apa yang mereka lakukan adalah haram,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: