Tempatan

Lorong E20 Plaza Tol Kemuning Ditutup Sementara Bermula Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 06 Januari 2023 – Lorong E20 Plaza Tol Kemuning arah timur akan ditutup sementara buat pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA) bermula hari ini 6 Januari 2023 jam 10 malam hingga 9 Januari 2023 jam 6 pagi.

BACA JUGA: Pahang Jamin Selesai Aduan Jalan Rosak Dalam Tempoh 24 Jam

BACA JUGA: Jalan Batang Kali-Genting Highlands Tutup Setahun, Pekerja, Peniaga Risau

BACA JUGA: 80 Peratus Kemalangan Jalan Raya Berpunca Daripada Sikap Pengguna

KESAS Sdn. Bhd menerusi hantaran di Twitter rasminya memaklumkan, penutupan lorong itu adalah bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan konkrit di lorong tersebut.

Jelasnya, kerja pembaikan itu adalah bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna LSA.

Berikutan itu, pengguna dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda yang disediakan di kawasan tersebut.

KESAS turut menyarankan orang ramai untuk menghubungi talian 03-5633 atau layari laman sesawang mereka di www.kesas.com.my atau media sosial rasmi facebook/lebuhrayashahalam atau twitter@kesastrafik untuk sebarang pertanyaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: