NGO

PERKASA KEDAH Minta Siasat ‘Restoran Cina Muslim’ Tapi Dalam Kedai Ada Tokong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERKASA KEDAH merujuk kepada pendedahan seorang penghantar makanan yang mendakwa terdapat sebuah restoran Cina Muslim yang mempunyai tokong di dalam kedai tersebut. Berita ini telah ditular di dalam media sosial baru-baru ini

PERKASA KEDAH amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat kerana masih ada lagi restoran yang tidak halal berselindung di sebalik nama berunsur Islamik bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan yang beragama Islam yang membuat tempahan makanan melalui aplikasi penghantar makanan.

PERKASA KEDAH juga mempersoalkan status HALAL di restoran tersebut dari segi peralatan yang diguna untuk memasak di restoran itu selain daripada mengguna tukang masak yang bukan beragama Islam.

PERKASA KEDAH juga ingin meminta jasa baik pihak PBT dan pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Perniagaan untuk menyiasat aduan pihak penghantar makanan tersebut .

Mereka juga digesa untuk turut memantau setiap premis perniagaan yang mempamer perkataan ‘HALAL’ serta yang cuba menampak ciri-ciri Islamik bagi tujuan untuk mengeliru . Langkah ini amat perlu bagi mengelak sebarang keraguan di pihak pelanggan orang-orang Islam yang sering membuat pesanan atau tempahan makanan melalui Aplikasi Penghantaran Makanan. Langkah ini perlu bagi mengelak sebarang penyalahgunaan unsur-unsur Islamik bagi tujuan mengeliru golongan pengguna dari kalangan orang-orang Islam.

Memang di zaman yang serba canggih ini semuanya di hujung jari sahaja tetapi jangan dijadikannya sebagai satu alasan untuk para peniaga mengaut keuntungan tanpa memikirkan sensitiviti umat islam.

PERKASA KEDAH juga ingin menggesa syarikat penghantar makanan agar menapis dan mengenal pasti vendor yang bukan Islam dengan yang Islam bila terdapat pesanan dari orang-orang Islam melalui Aplikasi mereka.

Azrol bin Mansor
KETUA PENERANGAN PERKASA KEDAH

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: