Tempatan

Kes Adib: Koroner Ada Kuasa Hukum Tommy Thomas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Februari 2022 – Susulan inkues tentang kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun 2018, Mahkamah Rayuan pada Selasa telah memutuskan bahawa Koroner mempunyai kuasa untuk mendengar dan menghukum kes menghina mahkamah melibatkan bekas Peguam Negara.

Dalam kes kematian arwah Adib, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas telah disaman oleh bapa arwah Adib atas alasan Tommy Thomas telah menghina mahkamah apabila beliau mengeluarkan kenyataan melalui afidavit menyatakan kematian arwah Adib tiada unsur jenayah.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

Dalam panel tiga hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini, Yang Arif Datuk Suraya Othman telah menyampaikan keputusan sebulat suara bahawa alasan yang digunakan peguam Tommy Thomas tidak mempunyai merit.

Datuk S. Ambiga, peguam Tommy Thomas berhujah bahawa undang-undang tidak mengiktiraf penghinaan terhadap mahkamah yang berlaku di luar persidangan mahkamah.

Portal Malay Mail melaporkan bahawa salah seorang peguam Tommy Thomas, Zainur Zakaria memaklumkan bahawa mereka akan memohon untuk memfailkan rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Namun, dalam urusan rayuan tersebut, peguam bagi bapa arwah Adib, Haniff Khatri Abdulla menyatakan bahawa tiada rayuan lain yang boleh dilakukan kerana kes tersebut pada asalnya didengari di mahkamah rendah, justeru menurut prosedur rayuan, tiada rayuan lanjut boleh dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: