Antarabangsa

Kes Pertama Selesema Burung H10N3 Jangkiti Manusia Di China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

BEIJING, 02 Jun 2021 – Jangkitan pertama strain selesema burung H10N3 terhadap manusia dilaporkan telah berlaku di China.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun dimasukkan ke hospital dengan gejala demam di bandar timur Zhenjiang pada 28 April lalu dan didiagnosis menghidap H10N3.

“Lelaki itu berada dalam keadaan stabil dan kontak rapatnya tidak melaporkan sebarang kelainan.”

NHC juga memberi jaminan risiko penyebaran virus ini secara meluas dalam kalangan orang ramai adalah rendah.

Beberapa jenis selesema burung dikesan dalam kalangan haiwan di China tetapi wabak besar pada manusia jarang terjadi.

Wabak selesema burung terhadap manusia kali terakhir di China berlaku pada akhir 2016 hingga 2017, dengan virus H7N9.

Wabak COVID-19 juga dikesan pertama kali di pasar makanan dan haiwan di bandar Wuhan China tengah pada akhir 2019.

Sehingga ke saat ini, wabak COVID-19 telah meragut lebih 3.55 juta nyawa di seluruh dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: