NGO

AHLI PARLIMEN BIADAP – QIAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN GERAKAN QIAM (QIAM)

Sidang Parlimen yang bermula Isnin 26/7/2021 seperti yang tular di media amat mengecewakan rakyat. Perangai para wakil rakyat khususnya dari kalangan Pembangkang yang memekik, melaung tanpa hormat kepada Yang Di Pertua Dewan adalah memalukan.

Perintah beliau tidak dihormati. Bahasa yang digunakan juga kesat dan bercampur dengan Bahasa Inggeris seolah-olah mereka ini anggota samseng jalanan.

2. Lebih mengecewakan lagi ialah apabila beberapa pemimpin Pembangkang terus melalak semasa Perdana Menteri meminta ahli Dewan bertafakur dan membaca Al Fatihah. Sifat biadab dan kurang ajar ini menampakkan mereka tidak langsung hormat kepada Perdana Menteri, Dewan dan Yang Di Pertua Dewan. Paling kurang ajar ialah apabila wakil DAP menyebut “government’s lap-dog” terhadap Yang Di Pertua.

3. Lebih malang lagi apabila wakil-wakil DAP ini tidak hormat Perdana Menteri, dan lebih-lebih lagi, mereka menghina Islam. Apakah mereka tidak tahu bahawa Islam adalah agama Persekutuan? Apakah mereka ini tidak tahu peraturan dan tatasusila Dewan yang terhormat itu?

4. Masanya telah tiba untuk Kerajaan merombak semula tatacara anggota Parlimen. Antara sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang wakil rakyat ialah budi bahasa yang tinggi selain bersedia untuk membantu rakyat sejajar dengan jawatannya sebagai wakil rakyat.

5. Sudahlah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik malah mencerca Yang Di Pertua Dewan Rakyat dalam Bahasa Inggeris. Tindakan biadab seperti ini patut dikenakan tindakan yang keras seperti menggantungnya dari menyertai Sidang Parlimen sehingga tamat sidang.

6. Satu lagi perkara yang perlu dikuatkuasakan ialah kepada mana-mana wakil rakyat yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik hendaklah dilarang daripada menyertai Sidang Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Apakah setelah lebih daripada 64 tahun kita Merdeka, masih ada wakil rakyat yang tidak boleh berbicara dalam Bahasa Melayu dengan baik. Harus diingat bahawa ini bukan negara China atau India. Ini negara Malaysia yang bahasa
kebangsaannya adalah Bahasa Melayu.

7. Masanya telah tiba untuk semua wakil rakyat wajib menduduki peperiksaan Bahasa Melayu dan Ujian Budi Pekerti sebelum diterima oleh SPR untuk menjadi calon. Kepada yang gagal maka gagallah mereka daripada menjadi calon pilihan raya dan wakil rakyat di Negara ini.

8. Sebagai penutup, QIAM menyeru wakil-wakil rakyat yang bijak pandai ini supaya mencurahkan seberapa banyak cadangan bernas dan bekerjasama dengan Kerajaan di masa krisis Covid-19 yang dahsyat ini, untuk membantu rakyat jelata. Tunjuklah kepandaian kalian semula bagaimana negara ini dapat dipulihkan sesegera mungkin. Bukan melalak, melaung dengan amat tidak bertamadun.

Sekian.

Dato’ Sirajuddin Hj Salleh
Presiden

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: