Antarabangsa

Pemerdagangan Seks: Wanita Bangsawan UK Dipenjara 20 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 29 Jun 2022 – Ghislaine Maxwell, 60, seorang bangsawan berasal dari United Kingdom (UK) telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun oleh mahkamah Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan-kesalahan berkaitan pemerdagangan seksual.

Lapor BBC, wanita tersebut didapati bersalah atas beberapa kesalahan berkaitan jenayah seksual, termasuk berkomplot dalam ‘membekalkan’ kanak-kanak bawah umur kepada teman lelakinya sendiri, Jeffrey Epstein.

Antara kesalahannya adalah tindakan tidak berperikemanusiaan mengumpulkan empat orang remaja wanita dan menghantar mereka kepada Jeffrey Epstein untuk didera secara seksual.

Ghislaine Maxwell didapati bersalah atas beberapa pertuduhan, antaranya:
Pemerdagangan seksual kanak-kanak bawah umur, membawa kanak-kanak bagi tujuan kegiatan jenayah seksual dan juga bersubahat dalam kegiatan jenayah.

Terdahulu, Jeffrey Epstein, teman lelakinya turut ditahan namun jutawan tersebut didakwa telah membunuh diri di penjara tahanannya.

Maxwell dan Epstein merupakan antara bangsawan ‘terkemuka’, di mana mereka dikatakan sering bersosial dan berparti dengan nama-nama besar dunia, antaranya Donald Trump, Putera Andrew (UK), Stephen Hawking (saintis terkemuka) dan Putera Mohammed bin Salman (Arab Saudi).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: