Tempatan

Millenials Perlu Cakna Tragedi Natrah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kisah Natrah, gadis sunti yang menjadi perebutan dua keluarga, dua negara dan dua agama sememangnya masih segar di kalangan orang Melayu, khasnya yang tinggal di Malaysia dan Singapura.

Natrah, anak angkat kepada sebuah keluarga Melayu, ‘dipaksakan’ undang-undang untuk dipulangkan kepada keluarga kandungnya dan dibawa pulang ke Belanda. Tragedi Natrah juga menyaksikan peristiwa rusuhan kaum dahsyat yang pernah berlaku di Singapura.

Namun mampukah generasi ‘TikTok’ kini kenal dan tahu akan sejarah Natrah melalui perkongsian di media-media sosial?

Menurut pengarang buku ‘Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata’, Puan Sri Fatini Yaacob, setelah lebih sepuluh tahun, konten-konten yang banyak dikongsikan di media sosial diambil secara rawak dan adalah lebih elok jika mereka, peminat kisah Natrah mendapatkan buku biografi Natrah sebagai pemula untuk memahami isu dan kisah Natrah.

“Bacalah biografi Natrah, untuk dapatkan latar kisah Natrah,” pesan Puan Sri Fatini Yaacob sambil memberi hint bahawa buku baharu yang bakal menyusul tidak lama lagi.

Beliau turut berkongsikan bahawa buku ‘Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata’ semasa diterbitkan pernah menjadi best sellers selama enam bulan lamanya.

“Pada masa awal diterbitkan ianya merupakan best sellers selama enam bulan berturut-turut, selepas itu juga sambutan masih sangat bagus. Dan jika dipakej semula buku itu, mungkin sambutan akan kembali hangat kerana generasi muda sememangnya mencari kisah Natrah,” tegas bekas pengarang Dewan Masyarakat itu dengan penuh yakin.

Ditanya tentang kisah permurtadan Natrah yang menjadi pencetus kepada rusuhan kaum besar di Singapura ketika itu, dengan modus operandi pemurtadan seperti Lina Joy dan sebagainya, Puan Sri Fatini Yaacob menjelaskan isu tersebut bukanlah fokus kepada buku biografi Natrah itu.

Fokus buku biografi Natrah itu adalah tentang kisah suka, duka dan liku-liku hidup tokoh itu secara terperinci.

“Kes pemurtadan akan tetap berlaku kerana terdapat kumpulan yang melakukan itu,” namun buku tersebut boleh juga dibaca dari sudut itu, ujarnya.

Puan Sri Fatini Yaacob juga berkongsi bahawa beliau sedang mengusahakan sebuah buku susulan yang akan melihat rentetan peristiwa Natrah dan kesannya kepada jati diri orang Melayu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: