Politik

Label Gelombang Hijau Untuk Takutkan Pengundi Cina – Azmin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Fenomena “gelombang hijau” merujuk kepada lonjakan konservatisme Melayu-Islam seperti yang diperjuangkan oleh Perikatan Nasional (PN) hanyalah taktik menakutkan yang digunakan bagi menghalang pengundi bangsa Cina dari menyokong gabungan politik berkenaan, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut pemimpin PN Selangor itu yang menolak perihal “gelombang hijau” tersebut sebaliknya menegaskan bahawa dasar gabungan politik berkenaan telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina tempatan semasa mereka menjadi Kerajaan Persekutuan.

BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

“Jangan terlalu takut dengan apa yang dipanggil “gelombang hijau”. Ini adalah taktik menakutkan untuk memastikan orang Cina menjauhi PN.”

“Lihat dasar ekonomi kita semasa COVID-19. Kebanyakan penerima adalah orang Cina. Kami membantu beribu-ribu PKS. Kami memberi subsidi gaji kepada syarikat yang kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina,” katanya.

Kata beliau lagi, dasar gabungan politik itu malah melangkaui kaum dan agama.

Dalam masa yang sama, sewaktu ditanya berhubung peluang PN di Selangor, beliau menjawab bahawa dirinya percaya bahawa gabungan yang dipimpinnya dapat memenangi 33 hingga 35 kerusi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: