Tempatan

Malaysia Komited Perangi Sentimen Islamofobia, Lindungi Kitab Suci Al-Quran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 02 Ogos 2023 – “Sebagai salah sebuah negara pengasas OIC, Malaysia kekal komited di dalam menggalakkan penghormatan dan perlindungan sepenuhnya ke atas kitab suci agama serta memerangi sentimen Islamofobia yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.”

Tegas YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Luar Negeri yang telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Sesi Luar Biasa ke-18 Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berhubung Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Kitab Suci Al-Quran yang berlaku di Sweden dan Denmark baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut diadakan secara atas talian pada 31 Julai 2023, dipengerusikan oleh TYT Mohamed Salem Ould Merzougdan, Menteri Luar Negeri Republik Mauritania dan dihadiri 57 buah negara anggota OIC.

BACA JUGA: Penduduk Warga Asing Meningkat 3 Juta Dalam Negara

BACA JUGA: PERHATIAN Fenomena Air Pasang Perbani Dijangka Berlaku 4 Hari Bermula Esok

BACA JUGA: Jalan Sungai Besi Arah Selatan Ditutup Setahun Bermula Sabtu Ini

Kenyataan menyebut, sebanyak 32 negara sebulat suara menentang kejadian penghinaan dan pembakaran kitab suci al-Quran bahkan mereka menyeru agar negara berkaitan dapat mengelakkan kejadian serupa daripada berulang di masa hadapan.

Pada masa sama, Malaysia mengeluarkan kenyataan tegas terhadap peri pentingnya prinsip sejagat dalam menghormati agama dan kitab suci agama tersebut sekali gus menyeru semua pihak berganding bahu menangani isu Islamofobia untuk menggambarkan imej sebenar Islam sebagai agama yang membawa mesej keamanan, kesederhanaan dan toleransi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: