Tempatan

Pergiat Pembangunan Sistem Amaran Bencana Berpusat – Agong

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Mac 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar pembangunan sistem amaran bencana berpusat dan peningkatan sistem saliran terutama di kawasan berpenduduk padat perlu dipergiatkan.

“Pembangunan sistem amaran bencana berpusat dan peningkatan sistem saliran terutama di kawasan berpenduduk padat khususnya di lokasi berisiko tinggi berlaku bencana perlu terus dipergiatkan,” titah Baginda pada perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14, 28 Februari baru-baru ini.

Selain itu, mekanisme pengurusan bencana perlu sentiasa ditambah baik kerana kemerosotan alam sekitar dan fenomena perubahan iklim memberi ancaman kepada dunia dan kesejahteraan manusia.

Seri Paduka Baginda juga menitahkan agar langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang termasuk kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir seperti diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat perlu segera dilaksanakan.

Titah Baginda, bagi menghadapi ketidaktentuan pada masa depan, pengurusan bencana ini perlu membabitkan peranan dan tanggungjawab rentas sosial termasuk kerajaan, swasta, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan sukarelawan terutama dalam kalangan belia serta rakyat biasa.

“Pada masa sama, penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dilaksanakan secara berterusan.”

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 kembali bersidang pada Isnin baru-baru ini di Dewan Rakyat selepas melabuhkan tirai pada 20 Disember 2021.

Ini merupakan sidang Parlimen kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: