Tempatan

NGO Gesa Kerajaan Keluarkan Senarai Scammer, Jangan Tunggu Sampai 10K Mangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 13 Januari 2023 – Kerajaan digesa untuk mengeluarkan senarai sindiket yang terlibat dengan scammer dan tidak hanya menunggu sehingga 10,000 orang menjadi mangsa.

“Akta Pencegahan Jenayah 1959 atau POCA perlu digunakan lebih dinamik untuk tangkap sindiket sedia ada. Jika ada menghidu kegiatan ini berlaku, ambil tindakan segera dengan mengeluarkan nama, jangan sampai 10,000 mangsa barulah pihak berkuasa keluarkan senarai,” menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim.

BACA JUGA: Haram Lakon Watak Malaikat, Buka Ruang Hina Islam

BACA JUGA: Pengguna Punca Harga Makanan Tinggi, FOMCA Mohon Menteri Dengarkan Rakyat

BACA JUGA: Teks BM Perlembagaan Sudah Sah & Teratur Sejak 20 Tahun Lalu – Haniff Khatri

Jelas beliau, penglibatan pelbagai agensi Kerajaan untuk bertindak dengan lebih proaktif perlu dilakukan agar penguatkuasaan mahupun undang-undang dapat dilakukan secara menyeluruh sekali gus dapat menangani scam yang berselindung di sebalik nama tertentu.

Tambahnya lagi, kegiatan scam kini bertindak berani apabila menggunakan nama-nama tententu namun modus operandinya tetap sama.

“Sebutlah nama itu, nama ini, tetapi modus masih sama dengan niat memperdaya mangsa dan akhirnya mereka mengaburi keuntungan berlipat kali ganda,” ujarnya.

Susulan itu, beliau menyeru kepada sesiapa yang menjadi mangsa untuk menghubungi MHO di talian 01129050000 sekiranya memerlukan bantuan lanjut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: