Tempatan

Larangan Penjualan Minuman Keras Di Kawasan Majoriti Islam – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA KANGSAR, 31 Disember 2021 – Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di semua kedai serbaneka di kawasan kependudukan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022, kata Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad.

Zulqarnain berkata perkara itu diputuskan melalui perbincangan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung semalam.

Menurut beliau, MPKK ada kuasa untuk pelesenan yang membolehkan mereka meletakkan syarat untuk melarang penjualan minuman memabukkan sama ada bir mahupun arak (liquor).

Justeru, perkara itu bakal dikuatkuasakan melalui syarat permohonan atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah pentadbiran MPKK.

Pelaksanakan larangan menjual minuman keras ini akan dibuat di kawasan (penduduk) yang majoriti Muslim untuk menjaga sensitiviti, ujar Zulqarnain Mohamad.

“Namun tidak semua kawasan (di Kuala Kangsar) kita akan laksanakan, ia masih dibenarkan namun beberapa syarat dikenakan dan di kawasan majoriti penduduk bukan Islam.”

Pada tahun 2022, pelaksanaan ini akan dimulakan di kawasan yang memang jelas majoriti penduduknya beragama Islam yang bermakna ia adalah mengikut kepada kes.

Walaubagaimanapun katanya, sebarang keputusan bergantung kepada undang-undang atau akta di peringkat Persekutuan serta enakmen negeri berkaitan penjualan minuman keras itu.

Baru-baru ini, penguatkuasaan melalui lesen dilaksanakan terhadap sebuah kedai serbaneka di perumahan Taman Puncak Bougainvillea, di Kuala Kangsar yang mana bagi memperbaharui lesen perniagaannya mereka tidak dibenarkan lagi menjual arak disebabkan kawasan itu jelas majoriti penduduk beragama Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: