Antarabangsa

Sedekad Terkandas, Pelarian Protes Dasar Australia Dengan Jahit Mulut Sendiri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NAURU, 25 Februari 2023 – Dua orang pelarian yang kini berada di pulau Nauru yang berhampiran dengan Australia telah bertindak menjahit bibir mereka sebagai protes atas penahanan mereka di pulau tersebut selama hampir 10 tahun.

Australia telah menggunakan pulau tersebut sejak Julai 2013 untuk menahan pencari suaka yang ke negara tersebut menggunakan bot.

BACA JUGA: Hakim Tidak Kebal, Ada Protokol Perlu Dipatuhi

Sebahagian daripada mereka pula dihantar ke pulau Manus di Papua New Guinea bagi tujuan pemprosesan, namun kesemua mereka menyatakan bahawa mereka tidak sama sekali dibenarkan untuk tinggal di Australia.

BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Hentikan Inisiatif Lupuskan Hutang Peneroka Felda

Polisi tersebut telah memberikan kesan terhadap para pelarian dan pencari suaka, di mana kini terdapat sekitar 150 orang daripada mereka yang sehingga kini tidak mengetahui apakah mereka akan dipindahkan dari situ.

BACA JUGA: Hospital Kerajaan Guna Peranti Lama, Doktor Merungut Produktiviti Terjejas

Dua individu yang melakukan tindakan protes dengan menjahit bibir mereka, Mohammad Shofiqul Islam dan Mohammad Kaium sebelum ini telah ditahan di Nauru hampir 10 tahun.

Mereka menyatakan bahawa mereka kini melancarkan mogok lapar dengan menjahit mulut mereka dan perbuatan tersebut telah menyebabkan mereka berhenti makan, minum dan juga bercakap. Menurut Shofiqul, mereka tidak akan makan dan minum sehinggalah mereka berjaya mendapat rawatan kesihatan dan kebebasan.

Dua lelaki tersebut yang datang dari Bangladesh sebelum ini telah pergi ke Australia untuk mendapatkan suaka selepas perkara-perkara buruk berlaku di negara mereka.Namun, bot mereka telah dipintas oleh tentera laut Australia pada tahun 2013 dan mereka kemudiannya dihantar ke Nauru.

Para pelarian yang dikurung di pulau tersebut kini berhadapan dengan isu-isu seperti kesihatan serta kesihatan mental. Bahkan perbuatan mencederakan diri sendiri dan bunuh diri dalam kalangan kanak-kanak juga telah dilaporkan berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: