Tempatan

Lukman Sheriff Alias, Pengerusi PEMBELA Baharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

1. Hari ini, 1 Muharam 1445 Hijrah, Ahli-Ahli Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Khas bagi tujuan melantik Pengerusi baharu bagi PEMBELA.

2. Pelantikan baharu dibuat berikutan peletakan jawatan Pengerusi PEMBELA lepas, Tuan Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid yang berhijrah ke luar negara.

3. Mesyuarat Agung Khas PEMBELA merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas sumbangan, bimbingan, pengorbanan dan kepimpinan Tuan Mahmud Hishamuddin dan mengucapkan selamat maju jaya di dalam urusan beliau di luar negara.

4. Mesyuarat yang sama juga telah sebulat suara bersetuju melantik Tuan Lukman Sheriff bin Alias sebagai Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang baharu.

5. Pelantikan Tuan Lukman Sheriff dibuat atas cadangan Setiausaha Agung Pembela, Tuan Mohd Aswanizam Bin Alias, dan disokong oleh Dato’ Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia – PPIM).

6. Cadangan kepada pencalonan ditutup melalui Cadangan Undi Tutup oleh YBhg Ustaz Ismail Mina (Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – Muafakat) dan disokong oleh Cikgu Izzat Johari (Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia).

7. Lebih 70 Gabungan NGO dan Wakil NGO Islam sebagai Ahli Gabungan PEMBELA dijemput hadir untuk Mesyuarat Agung Khas kali ini.

8. Seluruh Ahli mesyuarat yang hadir mengucapkan tahniah dan memberikan komitmen untuk bersama dengan kepimpinan yang dipersetujui dilantik hari ini.

9. Semoga kepimpinan PEMBELA dan semua yang terlibat, mendapat bimbingan, Rahmat, perlindungan dan kemudahan dari Allah SWT.

Mohd Aswanizam Bin Alias,
Setiausaha Agung,
Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA)

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: