Terkini

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 10 Mac Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 05 MAC 2024 – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan tarikh melihat anak bulan Ramadan adalah pada petang 10 Mac, hari Ahad bersamaan dengan 29 Syaaban 1445 Hijrah.

Dalam kenyataannya, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan bahawa Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa adalah melalui Rukyah dan Hisab.

Menurutnya, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam hari yang sama bagi tarikh permulaan puasa menerusi radio dan televisyen.

Sementara itu, jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi terpilih seluruh negara itu Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Teluk Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

“Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang, serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah,” memetik kepada sebuah kenyataan.

Lokasi lain adalah Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut dan Balai Cerap KUSZA di Mukim Merang, Setiu manakala di Kelantan melibatkan Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur; Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: