Tempatan

Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Untuk 4 Negeri Sehingga Esok

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya kepada empat buah negeri sehingga esok.

Dalam kenyataannya pagi ini, METMalaysia menjangkakan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya akan berlaku di Pahang (Bera, Pekan dan Rompin), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

BACA JUGA: Johor Kembali Banjir

BACA JUGA: Larangan Masuk Cameron Highlands, Petani Hantar Surat Bantahan Kepada Menteri

BACA JUGA: “Sangatlah Hina Arak Dijulang Tetapi Sejarah & Budaya Dipandang Hina” – Aminuddin Yahaya

“Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.”

Selain itu, amaran hujan lebat berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di kawasan lain sekitar Pahang iaitu di Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan, juga sehingga esok.

“Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.”

Sementara itu, beberapa kawasan sekitar Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) turut mendapat amaran waspada berhubung hujan berterusan.

Terdahulu, METMalaysia memaklumkan hujan berterusan dijangka berlaku sehingga awal Mac ini berikutan kejadian luruan monsun, berdasarkan analisis model-model cuaca jabatan itu.

Menurut jabatan itu, selain hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora bagi perairan laut China Selatan diramalkan boleh berlaku.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: