Tempatan

Beri Lesen Mesra Muslim Kepada Premis Makanan, Jaga Hak Pelanggan Muslim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

 GEORGETOWN, 20 Ogos 2022 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) digesa untuk mengeluarkan lesen mesra Islam kepada premis makanan di negeri itu demi menjaga hak-hak pelanggan Islam, menurut Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Ummah Pulau Pinang, Dr. Zaki Ibrahim.

“Kami mencadangkan JHEAIPP diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen mesra Muslim kepada gerai makanan dan restoran,” katanya.

Kata beliau, lesen mesra Muslim merupakan langkah yang lebih praktikal di mana ia akan dikeluarkan oleh Unit Halal JHEAIPP sendiri serta turut diberi kuasa untuk melakukan pemantauan.

Hal ini kerana, proses bagi mendapatkan pengiktirafan halal memerlukan jangka masa yang panjang serta akan berhadapan dengan pelbagai cabaran biarpun sijil pengiktirafan halal yang didapatkan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah lebih baik.

Jelas Idris, umat Islam berhak berasa selesa sewaktu menjamu selera di premis yang diurus selia dengan garis panduan yang menjaga kehormatan pelanggan Muslim.

Sementara itu, beliau turut menyeru pihak berkuasa agama Islam Pulau Pinang untuk menyediakan mekanisme yang lebih komprehensif supaya insiden yang tular membabitkan premis makanan di Sungai Ara dan Persiaran Gurney yang berlaku baru-baru ini tidak berulang.

Sebelum ini, kedai menjual nasi ayam dan itik yang terletak di Sungai ara mencetuskan kontroversi apabila kedai berkenaan disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Idris mengatakan bahawa insiden itu mencalarkan imej Pulau Pinang berikutan tindakan peniaga yang menolak tepi tanggungjawab dan rasa hormat kepada pengunjung Islam serta mementingkan keuntungan semata-mata.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: