Antarabangsa

Cuaca Panas Melampau, Udang Masak Dengan Sendirinya Dalam Plastik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

XINJIANG, 29 Ogos 2022 – Akibat cuaca panas melampau di China, seorang wanita di Xinjiang mendapati beberapa ekor udang hidup yang dibelinya dari sebuah pasaraya telah mati apabila tiba di rumah.

Menurut Fang, udang itu diletakkan di dalam beg berisi air ketika dia membelinya sebagai ramuan hidangan untuk makan tengah hari.

Apabila pulang ke rumah lebih sejam kemudian, dia mendapati kesemua udangnya mati dengan beberapa ekor daripadanya telah ‘masak’ seolah-olah ‘direbus’.

Katanya pada hari kejadian, suhu adalah lebih 40 darjah Celsius ketika dia meletakkan beg berisi udang tersebut di tempat duduk belakang basikal elektriknya.

Gelombang panas turut melanda di wilayah Chongqing, apabila ratusan penduduk mula mencari perlindungan di stesen tren bawah tanah yang sesak memandangkan penyaman udara dan keadaan bawah tanah yang sejuk memberi kelegaan kepada mereka dalam menghadapi cuaca panas melampau di luar.

Media China melaporkan, kira-kira 66 sungai telah kering sepenuhnya dan kini sungai Yangtze, iaitu sungai ketiga terpanjang di dunia turut dilaporkan berada di paras kritikal iaitu satu pertiga daripada paras normalnya, rekod terendah sejak 150 tahun lalu.

Menurut pakar, tahap intensiti, skop dan tempoh gelombang haba yang melanda China ketika ini boleh menjadikannya sebagai insiden terburuk dicatatkan dalam sejarah global.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: