Tempatan

Syarikat Elon Musk, Starlink Dibenar Beroperasi 100% Milik Asing – SKMM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membenarkan syarikat Elon Musk, Starlink beroperasi sepenuhnya milik asing di negara ini.

Laporan tempatan menyebut, Starlink Malaysia bakal mengendalikan perkhidmatan jalur lebar satelitnya di Malaysia namun dimiliki sepenuhnya oleh Starlink Holdings Netherlands yang berpangkalan di Amsterdam.

Syarikat itu telah diberikan lesen pada 17 Julai 2023 dengan tempoh 10 tahun, di mana ia membolehkan Starlink menawarkan perkhidmatan satelit komersial secara sah di Malaysia.

BACA JUGA: Pekeliling Maybank ‘Polisi Tidak Jelas PM’ Sahih – Portal

BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

Bagaimanapun, mereka diberi tempoh 12 bulan dari tarikh terbitan untuk memulakan operasi.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan 40 kit jalur lebar satelit Starlink untuk diedarkan di sekolah dan universiti.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula, 10 kit telah diperuntukkan kepada kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Pilah, Perak, Tawau dan Sarawak untuk menyelesaikan masalah internet di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: