Tempatan

NGO Cakna Palestin Edar Teks Khutbah Untuk Solat Jumaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 25 Februari 2022 – Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia (Cakna Palestin) mengambil langkah mengedarkan teks khutbah Jumaat versi rumi dan jawi sebagai tanda sokongan terhadap Minggu Al-Quds sedunia mengenai kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmuqaddis di sisi umat Islam.

Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa, Presiden Cakna Palestin menyatakan bahawa teks khutbah tersebut diedarkan untuk dibaca oleh khatib yang tidak lain bertujuan untuk memberi kefahaman dan meningkatkan pembelaan terhadap bumi suci tersebut. Ia diedarkan kepada pihak berkuasa agama negeri termasuk Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

“Khutbah ini menyentuh kedudukan Masjid al-Aqsa dan Baitulmaqdis yang merupakan simbol penyatuan umat Islam,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, melalui khutbah itu juga ia dapat memberikan kesedaran kepada generasi masa kini supaya mereka tidak ketinggalan mengenai Baitulmuqaddis dan Masjid al-Aqsa yang merupakan tanah suci ketiga umat Islam.

“Memberi kesedaran kepada generasi baharu agar mereka tidak terputus maklumat tentang Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa,” tambahnya.

Menurut Wan Mohd Sharafi, Minggu Al-Quds itu akan dianjurkan bermula hari ini, 25 Februari sehingga 3 Mac depan.

Beliau menegaskan bahawa ia sudah menjadi tanggungjawab Cakna Palestin dalam memberi kesedaran kepada umum tentang tanggungjawab untuk membela bumi suci yang kian ditindas itu.

Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia supaya berganding bahu untuk bersuara dan berdiri sebagai solidariti dunia antarabangsa dalam menentang kezaliman rejim zionis.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: