NGO

PMPS Adakan Majlis Munajat Selamatkan Malaysia Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Buat julung kalinya “MAJLIS MUNAJAT SELAMATKAN MALAYSIA” diadakan secara serentak pada 14 November 2022 melibatkan 313 Pondok dan beberapa NGO di seluruh Malaysia.

Majlis yang dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Pondok Se Malaysia (PMPS) dengan sokongan beberapa pertubuhan NGO bertujuan untuk memohon Allah Maha Kuasa mengurniakan keselamatan kesejahteraan, kemakmuran serta kepimpinan Islam yang berwibawa pada Tanah Air Malaysia. Bertepatan pula dengan PRU-15 yang bakal menjelang dan krisis banjir, wabak dan ekonomi yang semakin mencabar kehidupan rakyat.

Majlis yang dijadualkan bermula pada hari Isnin jam 9.00 malam bertempat di Madrasah dan Pondok di seluruh Negara akan diisi dengan Solat Hajat, Munajat serta Istighosah. Majlis di beberapa lokasi terpilih akan turut disiarkan secara langsung di beberapa saluran media Madrasah dan Pertubuhan.

Penganjur menyeru kepada seluruh warga Muslim di negara ini agar dapat bersama-sama dalam majlis ini di lokasi yang berhampiran atau sekurangnya mengikuti di media dan bersama menghebahkannya.

Semoga kesepaduan doa dan munajat seluruh umat akan menjadi asbab limpahan Rahmat dan keberkatan buat Malaysia yang sama-sama kita cintai.

Ustaz Muhammad Subki
Jurucakap PMPS

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: