Tempatan

Tanah Jerlus: Pesawah Mohon Bantuan Sepanjang ‘Direhatkan’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIT BUNTAR, 04 Ogos 2023 – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Piandang mencadangkan tanah sawah jerlus direhatkan sementara bagi memulihkan semula struktur tanah sawah yang terlibat supaya kembali keras.

Cadangan itu disokong pesawah setempat namun memohon pampasan diberikan kepada pesawah yang terlibat kerana mereka tidak dapat menanam padi selama kira-kira setengah tahun.

Pesawah, Muhammad Taufiq Abdul Hamid, 38, berkata, cadangan merehatkan tanah sawah yang terlibat itu merupakan satu usaha yang baik bagi memulihkan semula struktur tanah agar kembali keras.

“Begitupun kami berharap Kerajaan menyediakan bantuan kepada pesawah yang terlibat kerana kami tidak dapat menanam padi selama semusim,” rayunya.

BACA JUGA: Hapuskan Sistem Pencen Menteri, Ahli Parlimen Yang Bertingkat – MUDA

BACA JUGA: Hakisan Tanah Kubur: Keranda Terkeluar Nampak Kain Kafan, Waris Dicari

BACA JUGA: 1.2 Juta Warga China Hilang Dalam Malaysia: KDN Diberi Tempoh Seminggu Jawab Surat – CIJ

Tambahnya lagi, sekiranya pampasan diberikan kepada pesawah yang tanah sawahnya direhatkan, ia berharap pesawah dibayar mengikut keluasan sebenar yang diusahakan.

“Ini kerana keluasan yang diusahakan pesawah berbeza keluasannya, ada yang sedikit ada, ada yang luas,” katanya.

Selain itu, Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi, 40, berkata, pesawah juga berharap parit air turut diselenggara dengan baik seperti mendalamkan dan membersihkannya daripada tumbuh-tumbuhan bagi melancarkan pengaliran saliran air yang keluar dari petak sawah.

Semalam, PPK Tanjung Piandang mendakwa kerugian RM1.8 juta apabila hanya 40 peratus daripada 2,460 hektar sawah di mukim itu dapat dituai pada musim pertama tahun ini akibat tanah sawah jerlus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: