Tempatan

Dakwaan Penyelewengan Zakat: MAINS Beri Kerjasama Siasatan Semula SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 15 Februari 2023 – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sedia bekerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membuka semula siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat.

Menurut sebuah kenyataan media, MAINS komited memberi kerjasama penuh dengan agensi penguatkuasa tersebut dan berharap siasatan dapat dijalankan secara terperinci, tuntas serta tidak berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan pengurusan wang zakat.

Pihak mereka juga menganggap bahawa laporan hasil siasatan itu penting bagi membersihkan imej MAINS sekali gus membina semula keyakinan masyarakat Islam terhadap tata kelola pengurusan zakat negeri itu.

Ujar mereka, isu tuduhan penyelewengan wang zakat ini sudah timbul sejak 2019 lagi dan siasatan juga sudah dijalankan.

BACA JUGA: Kerajaan Digesa Selesaikan Isu Kurang Tenaga Kerja Kesihatan, Gaji Rendah, Limpahan Pesakit

BACA JUGA: ‘Parti Liar’ Genting Highlands Diserbu, 28 Ditahan

BACA JUGA: 5 Aspek Diutamakan Dalam Semakan Semula Kategori Pendapatan Isi Rumah

Baru-baru ini, Pengerusi MAINS, Datuk Seri Abdul Aziz Syeikh Ab Kadir turut menafikan sekeras-kerasnya fitnah di media sosial kononnya MAINS telah menyeleweng wang zakat.

Susulan kejadian itu, beliau menasihati orang ramai agar sentiasa mengesahkan apa yang dibaca di media sosial sebelum berkongsi dengan orang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: