Antarabangsa

Kedutaan UK Ke Baitulmuqaddis : Liz Truss Perlu Timbang Semula – Pakar Polisi Luar Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 16 Oktober 2022 – Pakar Polisi Luar Negara United Kingdom menggesa Perdana Menterinya, Liz Truss agar memikirkan semula semakan kerajaannya untuk memindahkan kedutaan British di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Ia berikutan penempatan semula itu dipercayai boleh merosakkan reputasi UK dan menjejaskan keselamatan di rantau itu.

Bekas Menteri Pejabat Luar Negeri, Sir Alan Duncan, memberi amaran tindakan melulu dan tidak berprinsip itu akan menandakan peralihan asas dalam dasar luar UK.

“Jika diteruskan, memindahkan kedutaan akan memusnahkan reputasi UK untuk menghormati undang-undang antarabangsa, dan ia akan menjejaskan kedudukan UK di dunia.”

Sementara itu, Alistair Burt, Bekas Menteri Pejabat Luar Negeri dan Setiausaha Parlimen di jabatan itu berkata, penempatan semula akan melanggar resolusi majlis keselamatan PBB mengenai Israel dan Palestin yang disokong oleh UK pada masa lalu.

“Kami menggesa negara-negara lain untuk bekerja secara multilateral dan menegakkan komitmen antarabangsa mereka, dan kami tidak mahu keputusan Liz Truss ini dilihat berbalik kepada kami.”

Dalam masa yang sama, Sir Simon Fraser, bekas Diplomat dan bekas Setiausaha di Pejabat Luar Negeri, dan Sir Vincent Fean, bekas Konsul Jeneral UK di Baitulmuqaddis, berpendapat pemindahan kedutaan itu menunjukkan kelemahan komitmen UK terhadap pendamaian dua negara dan langkah itu bererti memusuhi negara Islam yang lain.

Terdahulu dalam pilihan raya, Liz Truss yang sememangnya penyokong tegar Zionis itu pernah berjanji akan memindahkan kedutaan UK ke Baitulmuqaddis sekiranya dia dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun, keputusannya itu tidak diterima baik oleh negara-negara di Timur Tengah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: