Antarabangsa

Latihan Ketenteraan Nuklear, Korea Selatan Mengaku Walaupun Biden Nafi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SEOUL, 04 Januari 2023 – Korea Selatan telah mengesahkan penglibatan Amerika Syarikat (AS) dalam latihan ketenteraan nuklear meskipun Presiden AS, Joe Biden menafikan perkara itu.

Lapor portal antarabangsa, menerusi satu kenyataan, penasihat utama hal ehwal akhbar Presiden Korea Selatan, Kim Eun-Hye berkata, kedua-dua negara berkenaan sedang membincangkan perkongsian intel, perancangan bersama dan rancangan pelaksanaan berikutnya ke atas pengurusan aset nuklear AS, sebagai tindak balas terhadap ancaman nuklear Korea Utara.

BACA JUGA: Konflik Memuncak, Korea Utara Dan Korea Selatan Saling Berbalas Tembakan

BACA JUGA: Negara Bersenjata Nuklear, Korea Utara Lancar Peluru Berpandu Balistik Ke Arah Jepun

BACA JUGA: Korea Selatan Diancam Peluru Berpandu, Dunia Khuatir Perang Korea 2.0 Tercetus

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol juga mendedahkan perkara sama dalam sebuah wawancara, lalu mengatakan bahawa AS memberi respon positif terhadap perbincangan tersebut.

“Senjata nuklear milik Amerika Syarikat, tetapi perancangan, perkongsian maklumat dan latihan harus dikendalikan bersama oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat,” ujar Yoon, sambil menambah bahawa Washington positif mengenai idea itu.

Bagaimanapun, apabila wartawan White House ingin mengesahkan perkara berkenaan, Biden menjawab, “Tidak.”

Sebaliknya, pegawai tertinggi AS juga membenarkan dan berkata bahawa rundingan itu merupakan permintaan Yoon untuk meninjau cara menangani ancaman Korea Utara.

Pegawai itu turut membongkarkan, waktu latihan masih belum diputuskan namun akan dijalankan dalam masa tidak terlalu lama.

Terdahulu, Korea Utara melancarkan sejumlah peluru berpandu, termasuk menembak peluru berpandu balistik paling canggih antara benua.

Ia merupakan tindak balas terhadap kehadiran AS yang semakin meningkat di rantau tersebut dan latihan ketenteraan bersama antara negara Barat itu dengan Korea Selatan dan Jepun. Pyongyang menyifatkan latihan berkenaan sebagai provokasi dan cubaan untuk

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: