Tempatan

Perlembagaan Persekutuan Tak Halang Semakan Permohonan Untuk Murtad – Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2023 – Seorang peguam yang mewakili seorang wanita dari Sarawak dalam permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi meminta Pendaftar Wilayah Persekutuan Mualaf membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf mendakwa permohonan itu tidak dihalang di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Kewajipan Pendaftar Mualaf di sisi undang-undang untuk memutuskan permohonan pemohon keluar daripada agama Islam adalah tersirat dalam Seksyen 89 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505).”

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

BACA JUGA: Konsert The 1975: Aktivis LGBT Gesa Gugurkan Pertuduhan Pada Penganjur Serta-Merta

“Pemohon memohon kebenaran diberikan untuk prosiding semakan kehakiman dimulakan terhadap responden,” kata peguam, Iqbal Harith Liang.

Portal tempatan melaporkan, wanita berusia 26 tahun itu memfailkan permohonan itu pada 20 April lalu dan menamakan Pendaftar Wilayah Persekutuan Mualaf, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Pemohon yang dilahirkan pada 9 Julai 1997 kepada ibu bapa Kristian, memohon pengisytiharan bahawa Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memberikan bidang kuasa kepada responden pertama (Pendaftar Mualaf) untuk mengisytiharkan bahawa seseorang itu bukan lagi seorang Muslim.

Beliau juga memohon responden pertama mempertimbangkan permohonannya supaya namanya dibatalkan daripada Daftar Mualaf dan membuat keputusan serta-merta dan memohon pengisytiharan bahawa penolakan atau kelewatan responden pertama memutuskan permohonan pemohon dalam tarikh surat pada 30 Januari, 20 Februari dan 17 Mac 2023 adalah tidak rasional dan tidak munasabah.

Baru-baru ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan wanita tersebut untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman untuk meminta Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan membatalkan namanya daripada Daftar Mualaf.

Tegas Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali kepada Mahkamah Tinggi, permohonan itu tidak dibenarkan untuk semakan kehakiman menurut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan 21 September ini untuk menyampaikan keputusannya mengenai bantahan Jabatan Peguam Negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: