Tempatan

Kenyataan Berbaur 3R, Guan Eng & Hadi Disiasat Bukit Aman – Timbalan Pengarah CID

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 10 Julai 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung kenyataan yang didakwa menyentuh isu 3R (Rulers, Religion, Race).

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik), DCP Dato’ Seri Suresh Kumar A/L G.Suppiah berkata, siasatan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Jabatan Siasatan Jenayah (CID) itu tertumpu kepada kenyataan yang dibuat oleh Hadi berhubung dakwaan DAP yang mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara Barat.

Kenyataan tersebut dipercayai dilakukan menerusi hantaran di halaman Facebook Abdul Hadi Awang pada 08 Julai 2023 lalu.

BACA JUGA: Harga Barang Dijangka Naik 20 Peratus Menjelang Oktober

BACA JUGA: Pencairan Glasier Cetus Kebakaran Hutan

BACA JUGA: Rosakkan Monumen Purba Colosseum, Pelancong England Bakal Berdepan Hukuman Penjara

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam masa yang sama, dalam satu kenyataan berasingan, PDRM turut menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, YB Lim Guan Eng berhubung dakwaan gelombang hijau bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

Kenyataan tersebut dipercayai diucapkan oleh beliau semasa berucap dalam program “Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023” di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 07 Julai lalu.

Siasatan turut dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.”

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: