Tempatan

Lapor Pusat Jagaan Tidak Berdaftar Pada JKM – SUHAKAM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – Orang ramai disarankan agar melaporkan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berlesen atau tidak berdaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr Farah Nini Dusuki.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, kejadian kes penderaan atau pengabaian kanak-kanak yang didakwa dilakukan oleh pengasuh kanak-kanak yang berlaku baru-baru ini dilihat amat membimbangkan.

Katanya, usaha kolektif daripada masyarakat dalam isu ini dapat membantu dalam menangani kelaziman insiden penderaan kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak tidak berlesen mahupun berlesen di saat sistem penjagaan ini sedang berkembang dengan meluas.

BACA JUGA: Kalimah Allah: NGO Islam Berhimpun Di Shah Alam Hari Ini

BACA JUGA: Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri

BACA JUGA: Cubaan Import Satu Kontena Bible Guna Kalimah Allah Didedahkan

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menyarankan ibu bapa untuk menyedari akan kecekapan individu yang bukan sahaja berhubung dengan anak mereka malah yang telah diamanahkan kepada mereka.

Malahan, ibu bapa atau penjaga juga disarankan untuk mempunyai pengetahuan dalam mencari pusat asuhan kanak-kanak yang memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh undang-undang serta dikawal oleh JKM.

Baru-baru ini, seorang wanita direman kerana didakwa mengasari dua bayi di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, hasil daripada video yang tular di aplikasi Whatsapp.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: