Tempatan

DAP Janji Tegakkan Islam, Institusi Diraja & Menjunjung Hak Istimewa Melayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

ROMPIN, 09 December 2022 –Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Democratic Action party (DAP) berjanji akan memartabatkan kedudukan agama Islam dan institusi diraja serta menjunjung hak istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Soalan pertama saya (kepada DAP) sebagai pengerusi BN dan Presiden UMNO, apakah kedudukan Islam jika kita bersetuju bekerjasama dengan DAP? Bagaimana dengan hak istimewa orang Melayu? Bagaimana dengan kedudukan Bahasa Melayu? Bagaimana dengan institusi diraja?… ini adalah soalan-soalan yang saya ajukan kepada mereka.

Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke) menjawab bahawa kepimpinan baharu DAP akan mematuhi dan setuju dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk empat perkara itu. Jadi, apakah persoalan lain yang perlu kita bangkitkan?” katanya menurut laporan media.

Oleh itu, beliau memberi jaminan kepada ahli dan akar umbi, bahagian dan cawangan UMNO, bahawa tiada yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO dan BN.

“Jangan takut. Tok Mat (Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Dr Zambry (Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) bersama saya, antara tujuh individu yang bertemu pemimpin DAP sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk,” jelas beliau.

Berdasarkan laporan media, beliau dikatakan tahu bahawa mustahil untuk membuat semua orang atau 100% bersetuju. Namun, beliau tetap berterima kasih kepada rakan-rakan dalam majlis tertinggi kerana telah menyokong langkah untuk bersama PH sebagai Kerajaan Perpaduan seperti yang dititahkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Keputusan kita ambil bukan hanya dengan melihat hari ini atau esok tetapi melihat lima, 10, 15 dan 20 tahun ke hadapan. Saya yakin keputusan itu bukan langkah yang salah dalam memastikan UMNO dan BN kekal relevan dalam landskap politik Malaysia,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: