Tempatan

Babi Haram Matikan Kawasan Eko Pelancongan Tanjung Sepat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANG, 17 September 2022 – Ladang ternakan babi di Tanjung Sepat yang didakwa punca pencemaran di kawasan itu didapati turut mematikan Tanjung Sepat sebagai sebuah kawasan eko pelancongan.

Hal ini kerana, Tanjung Sepat itu dahulunya pernah dicadangkan sebagai kawasan ekopelancongan disebabkan ia sebuah pantai peranginan yang cantik tetapi dimatikan dengan kewujudan ladang ternakan babi berkenaan.

Ia sekali gus menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah kawasan yang jijik manakala pantainya pula seperti kolam buangan. Kehadiran pelancong pula hanyalah bagi membeli daging babi.

“Pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan atau penguatkuasaan dilaksanakan ala kadar menyebabkan ladang bermaharajalela dengan beroperasi tanpa mengikut sistem yang betul dan sewenang-wenangnya membuang sisa air buangan ke laut,” kata Presiden Perahu Layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdullah.

Justeru, penduduk di kawasan tersebut berharap akan adanya penyelesaian terhadap isu ladang ternakan babi itu biarpun ia telah berlaku terlalu lama.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan penduduk di sekitar Tanjung Sepat menyuarakan ketidakpuashatian mereka dengan mempersoalkan penyelesaian bagi masalah pencemaran ladang ternakan babi yang berlarutan sejak 30 tahun lalu di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: